BoboiBoy
Disclaimer.


My Story Saya ?

Stalker.


Playing





Kehidupan Seorang Pendosa

Assalamualaikum , bonjour

Setelah sekian lama aku meninggalkan laman ini , kini aku kembali untuk menceritakan ceritaku setelah sekian lama menghilang .
2014 adalah tahun yang agak gembira+sedikit sedih . Macam macam peristiwa suka duka , tangis tawa yang berlaku tahun ini . 
Aku masih kekal dengan relayku dengan si dia , insyaallah jika semua yang dirancang dan ditentukan sebegitu juga oleh sang pencipta maka terjadilah semua itu . 
Tahun ini juga tahun permulaan hidupku kepada hidup sebagai seorang pemuda yang ingin berjaya dan sempurna . Spm berjalan dengan selancar lancarnya tanpa ada sedikit kecelaan dan masalah . Insyaallah aku berharap semua yang aku buat berbuah hasil dan menempah kejayaan yang sejaya jayanya .
Sedalam dalam hatiku sedikit pon tidak mahu meninggalkan alam persekolahan yang penuh dengan riang ria bersama rakan rakan . Tetapi dengan usia yang meningkat aku tetap perlu tempuhi semua ini dengan sabar dan tabah .
Ya Allah , Kau Permudahkanlah Perjalanan Hidup Dan Berilah Kejayaan Kepada Hambamu Yang Bernama Muhammad Syazwan Bin Muhammad Noor .
Mungkin dengan keadaan sekarang , aku akan lebih bermesra dengan laman blog ku ini dan akan mengemaskini dari masa ke semasa , insyaallah dengan izinnua .

sincerely by Syazwan .


Di saat itu , dia tak pernah faham dengan keadaan aku . Tapi mungkin keadaan yang memaksa untuk tak memahami aku . Aku redha dengan semua yang jadi . Aku dah mula terasa yang ada benda lebih baik untuk dia selepas ini . Dia tak pernah faham apa yang jadi kat aku waktu tu , dia tak pernah cuba nak meredakan keadaan . Mungkin dia rasa apa yang jadi perkara biasa . Aku tak paksa dia nak faham keadaan aku macam mana tapi aku nak dia faham macam mana diri aku sebenar . Tapi semua tu tak semudah yang disangka , tak semestinya dia boleh mendalami diri aku . Mungkin keadaan sebelum ni yang mematangkan kita . Harap usia yang semakin meningkat , boleh laa fikir pasal orang lain . k

assalamualaikum :')


Tak semestinya kita tak boleh berubah . Mungkin anggapan orang lain terhadap kita yang memandang kita seperti insan yang lemah yang tidak mampu mengangkat beban diri sendiri . Aku tak boleh termakan dengan kata kata dan cemuhan daripada anasir anasir luar . Aku harus memikirkan tentang keadaan diri aku sendiri . Jika bukan aku sendiri yang mengubah nasib aku , siapa lagi yang sanggup memberi simpati dan bantuan untuk mengubah nasib aku . Tetapi aku juga perlu bantuan daripada orang lain untuk membantu mengubah diri aku ni . Sampai bila aku sanggup bertahan dengan situasi seperti sekarang . Aku juga seperti orang lain , memakai pakaian , sihat tubuh badan dan cukup makan minum . Tetapi mungkin sikap dan tingkah laku aku yang kurang memberi keyakinan kepada diriku untuk berubah ke arah yang lebih baik . Insyaallah , aku akan dapat hidayah daripadanya , Aminnnnnn :)



Awat harini tak macam hari hari yang lain ? Aku rasa bosan , bosannn dan booOoosaannnnn ! Awat dia tak layan aku macam sebelum sebelum ni ? Awat ?! Dia bosan dengan aku atau dia dah ada orang lain . Aku takkan pernah dapat bayangkan kalau dia dah terpikat dan jatuh hati dengan orang lain . Habis , apa nak jadi dengan aku ? aku kena jadi lelaki yang gila dengan bayangan ? ohhh nooo , aku tak sanggup benda tu berulang dalam hidup aku lagi . Aku nak sebagai mana diri dia dahulu . Aku nak macam mana dia layan aku dulu . Aku nak semua tu , tapi , bolehkah aku dapat balik semua tu ? Hmm :'( . Mungkinkah sikap ego aku yang merubah diri dia sampai macam ni ? mungkinkah ego aku ni yang akan musnahkan relay aku ni ? mungkinkah ego aku yang akan buat aku merana tanpa dia . Tapi mungkin ego ni lah yang boleh buktikan pada dia yang aku dah berkorban segala galanyaa untuk diaaaa pada suatu hari nanti . Hmm :'( . hari yang agak kurang sempurna bagi aku :'( .


Mungkin aku tak sesenang orang lain tapi aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . Aku bersyukur sebab masih ada yang menyanyangi diri aku yang hina ini . Sehingga hari ini , aku masih cukup sihat untuk meneruskan hidup sebab kasih sayang yang diberikan oleh mak abah aku . Alhamdulillah .
Tapi aku sedar , bukan mudah nak balas jasa , penat lelah mak dan abah nak membesarkan aku sehingga sekarang . Hidup ini , tak semudah ungkapan yang sekadar menggunakan lidah tetapi kadang kala , lidah sendiri boleh terigigit . Hidup ini juga tidak sesukar yang disangkakan , kadang kadang , diri kita sendiri yang menyesatkan dan menuju ke arah kegelapan . Insyaallah , sekadar renungan dan muhasabah diri ini sendiri :) .


Alhamdulillah , masih bernafas sehingga hari ini . semua benda yang aku azamkan , insyaallah aku akan buat tahun ni . Bukan mudah nak buat semua benda dalam masa yang singkat tapi apakan daya , aku mesti berusaha dan berusaha dengan gigih . kenapa sejak kebelakangan ni aku selalu hilang fokus , hilang hilangg dan hilanggg . Apa masalah aku sebenarnya ni , aku selalu berfikir tentang kejayaan orang lain , tapi aku ? . .
aku kurang usaha , tapi ada keingginan nak capai semua tu . insyaallah dalam masa terdekat ni , aku masih boleh berubah ke arah kebaikan . Memang semua manusia tak sempurna dan sering buat salah , tapi sampai bila kesalahan sama nak berulang . Aku boleh berubah , aku boleh berubahhh , aku bolehhhh . Insyaallah .

Aku Dan Mereka :)



Dah nak dekat setahun aku dekat sekolah ni . serious tak terasa langsung , waktu berlalu dengan begitu cepat tanpa mempedulikan insan yang serba kekurangan seperti aku , yang tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin . setiap detik hidup aku sekarang lebih bermakna dari hidup yang dulu tapi tak bermaksud aku hidup selesa sekarang . Apa yang aku harap dulu dah dapat , aku dah dapat kawan kawan yang baik dan memahami diri aku . aku harap inilah kawan aku yang terbaik dan akan berkawan hingga ke syurga , insyaallah :) .